Pola Golden Cross: Ketahui Apakah Ia, Maknanya, dan Cara Menggunakannya
29 Jan 2025
Strategi
Pola Golden Cross: Ketahui Apakah Ia, Maknanya, dan Cara Menggunakannya
Pengenalan
Dalam dunia yang serba cepat ini, semakin sukar untuk kita mendahului trend dan perubahan pasaran. Ramai trader di luar sana cuba mengatasi ini dengan mempelajari lebih mendalam tentang indikator yang dapat membantu mereka membuat keputusan dengan tepat.
Dalam konteks itu, Golden Cross adalah salah satu pola carta yang sering digunakan dalam analisis teknikal dan ia terkenal dengan keupayaannya memberikan signal yang kuat bahawa pasaran yang bullish akan muncul.
Trader boleh menggunakan pola ini untuk memutuskan jika dan bila mereka harus membuka atau menutup posisi mereka bagi aset tertentu, memastikan bahawa mereka memulakan urusniaga pada waktu yang terbaik.
Teruskan membaca untuk mempelajari lebih lanjut tentang Golden Cross yang masyhur ini dan bagaimana anda boleh mula menggunakan pola ini dalam strategi jangka pendek dan panjang anda.
Apakah itu Golden Cross?
Golden Cross adalah pola carta yang terbentuk apabila purata bergerak jangka pendek suatu aset melintasi purata bergerak jangka panjang dari bawah ke atas.
Purata bergerak adalah garisan pada carta yang menunjukkan harga purata aset sepanjang satu tempoh tertentu. Ia kaedah yang menarik untuk mencerap perilaku pasaran secara lebih langsung tanpa gangguan turun naik harga harian.
Selain itu, tempoh yang berbeza-beza boleh digunakan untuk harga purata jangka pendek dan jangka panjang pada carta. Perbandingan yang lazim adalah antara purata bergerak 50 hari berbanding purata bergerak 200 hari.
Terdapat kira-kira 50 hari perdagangan dalam satu suku tahun, dan 200 hari perdagangan dalam setahun.
Namun, ini bukan satu-satunya pilihan yang ada. Trader boleh set jangka masa mereka sendiri untuk perbandingan ini, seperti purata bergerak (MA) 10 hari berbanding dengan purata bergerak 50-hari, atau MA 100 hari berbanding dengan MA 200 hari.
Panjang pendek rangka masa yang dipilih bergantung pada fokus trader berkenaan. Adalah penting untuk turut mengambil kira kemeruapan pasaran, kerana tempoh yang lebih kecil lebih berguna apabila anda trading dengan aset yang meruap, seperti matawang kripto misalnya. Namun, penting untuk diingat bahawa carta dengan tempoh masa yang lebih panjang biasanya lebih andal (reliable) dan menjadikan analisis lebih mantap.
Bagaimanakah Golden Cross terbentuk?
Trader harus memantau tiga tahap perkembangan ini apabila mempertimbangkan kemunculan Golden Cross:
Tamatnya suatu downtrend: Ini adalah saat bilamana penjual kehilangan momentum dan pembeli semakin mengawal situasi.
Persilangan: Purata bergerak jangka pendek menjadi lebih laju daripada purata bergerak jangka panjang dan ia mulai menaik sehingga kedua-duanya bersilang.
Permulaan suatu uptrend: Harga terus meningkat dan pasaran menjadi lebih bullish dengan setiap tempoh yang berlalu.
Apakah maksud yang ingin diberitahu oleh Golden Cross?
Golden Cross adalah isyarat yang jelas bahawa pasaran sedang bersiap untuk pergerakan bullish. Para bull (pembeli) semakin giat aksi dan semua orang lebih optimis mengenai potensi pertumbuhan aset yang dikaji.
Secara historikal, Golden Cross memberikan signal yang boleh diandalkan (reliable) untuk aliran uptrend bullish. Satu contoh terkenal adalah indeks S&P 500 yang menunjukkan Golden Cross setelah pasaran jatuh akibat lockdown COVID-19. Dan ternyata benar, selepas Golden Cross muncul, angka-angka mula meningkat lagi.
Volum urusniaga yang tinggi adalah indikator penting bahawa Golden Cross ternyata benar tentang aliran bullish.
Akhir sekali, adalah penting untuk dicatat bahawa oleh kerana para trader memang amat kerap memberikan perhatian pada kemunculan Golden Cross, ia boleh dikatakan sebagai satu "self-fulfilling prophecy". Mereka mula membeli lebih banyak setelah melihat kemunculan pola dan ini membantu kesinambungan aliran bullish.
Death Cross adalah lawan untuk Golden Cross. Ia berlaku apabila purata jangka pendek suatu aset menyilang purata jangka panjang dalam arah menurun.
Sama seperti Golden Cross, tempoh yang sering digunakan untuk perbandingan adalah purata pergerakan 50 hari melawan purata bergerak 200 hari.
Jika Golden Cross memberi isyarat momentum bullish, Death Cross memberikan petanda permulaan aliran bearish, menunjukkan harga mulai merosot dan dominasi penjualan yang kuat.
Seperti contoh COVID-19 yang telah disebut di atas, Death Cross juga muncul sebelum penurunan pasaran disebabkan oleh panik epidemi.
Semak jadual di bawah untuk perbandingan antara kedua-dua pola tersebut:
Golden Cross
Death Cross
Purata jangka pendek melintasi purata jangka panjang dalam arah menaik
Purata jangka pendek melintasi purata jangka panjang dalam arah menurun
Indikator Bullish
Indikator Bearish
Membayangkan optimisme pasaran
Membayangkan pesimisme pasaran
Menunjukkan tekanan pembelian dan potensi pertumbuhan harga
Menunjukkan tekanan penjualan dan potensi penurunan harga
Berlaku selepas suatu downtrend
Berlaku selepas suatu uptrend
Semoga jadual di atas membantu anda memahami pertentangan fitrah kedua-dua pola carta yang terkenal ini.
Satu lagi maklumat penting yang perlu dipertimbangkan adalah berkaitan dengan aras sokongan dan rintangan semasa kedua-dua penyilangan berlaku.
Dalam istilah ringkas, aras sokongan adalah harga terendah yang, secara historikalnya, belum lagi dicapai oleh pasaran. Sebaliknya, aras rintangan adalah harga tertinggi yang, secara historikalnya, belum lagi dicapai oleh pasaran.
Berdasarkan definisi tersebut, purata bergerak jangka panjang menjadi aras sokongan penting apabila Golden Cross muncul. Begitu juga, purata bergerak jangka panjang menjadi aras rintangan penting apabila Death Cross muncul.
Dalam bahasa yang mudah, ini bererti purata berjangka panjang berfungsi sebagai suatu had baru bagi purata jangka pendek. Tentu saja, ini tidak bermakna harga tidak mampu melepasi had tersebut, fungsinya lebih seperti indikator berbanding satu kebenaran mutlak.
Contoh sebenar Golden Cross
Secara historikalnya, Golden Cross muncul dalam banyak insiden perubahan dan penyongsangan trend pasaran yang masyhur.
Selain daripada contoh COVID-19 sebelum ini, Golden Cross telah dikesan muncul pada carta Alphabet (Google) antara bulan Ogos dan September tahun 2016:
Sumber imej: CFI
Dapat dilihat dalam carta di atas bahawa harga memang benar-benar meningkat naik selepas Golden Cross, menunjukkan momentum bullish yang kuat, sebelum turun semula pada bulan Disember.
Banyak faktor perlu dipertimbangkan semasa menganalisa munculnya Golden Cross: sejarah aset dan pasaran, bagaimana prestasi pasaran penting lain, dan bahkan berita makroekonomi yang boleh mengesahkan atau menafikan sebab-sebab untuk momentum yang diberikan.
Seperti kebanyakan indikator dalam dunia pelaburan, Golden Cross akan berfungsi dengan lebih baik untuk trader jika mereka menggabungkannya dengan signal pasaran lain dan pengetahuan.
Cara menggunakan Golden Cross dalam strategi perdagangan anda
Jika anda ternampak Golden Cross dan anda percaya ada sebab-sebab yang baik mengapa ia ada di situ, ada pelbagai cara untuk anda gunakan signal ini dalam strategi anda.
Tentukan titik masuk anda: Memandangkan Golden Cross adalah isyarat yang kuat tentang momentum bullish, anda boleh membuka posisi long pada masa itu dan mula beli dengan harapan bahawa harga memang akan naik.
Lindungi diri anda dengan meletakkan renti-rugi: Walaupun anda percaya bullish berpotensi termanifestasi, adalah bijak untuk melindungi dana anda sekiranya keadaan menjadi buruk. Satu strategi adalah dengan meletakkan pesanan renti rugi (stop loss) sedikit lebih rendah daripada purata bergerak jangka panjang, memastikan anda sudah bersedia sekiranya trend kenaikan aset tersebut tidak berlanjut.
Periksa pelbagai rangka masa: Walaupun 50 hari dan 200 hari adalah rangka masa yang lebih lazim, anda boleh membuat penyesuaian dengan memilih tempoh yang lebih pendek atau lebih panjang bergantung pada gaya trading anda. Jika gaya anda lebih cenderung ke arah trader jangka pendek atau swing, periksa tempoh yang lebih pendek untuk mengesan trend jangka pendek dan sederhana.
Pertimbangkan indikator pasaran lain: Seperti yang disebutkan, adalah tidak bijak untuk menggunakan Golden Cross, atau indikator apa pun, tanpa digandingkan dengan indikator lain. Gunakannya sebagai peluang untuk memeriksa metrik pasaran lain, seperti Moving Average Convergence Divergence (MACD) dan Relative Strength Index (RSI).
Secara ringkasnya, walaupun Golden Cross adalah signal bullish yang penting, lindungi sumber anda dengan menggunakan alat pengurusan risiko seperti renti rugi (SL) dan ambilan untung (TP), dan pastikan untuk mengkaji pasaran secara menyeluruh dan tidak bergantung hanya pada Golden Cross itu semata-mata.
Berikut adalah beberapa pro dan kontra yang harus anda pertimbangkan ketika menggunakan Golden Cross dalam strategi perdagangan anda.
Kelebihan
Self-fulfilling prophecy: Oleh kerana Golden Cross sering digunakan dalam analisis teknikal oleh ramai trader, ada lebih banyak mata yang menyaksikan kemunculannya dan oleh itu lebih ramai pelabur yang teruja untuk membeli, membantu mengukuhkan momentum bullish yang difirasatkan oleh Golden Cross tersebut.
Mudah dilihat dan difahami: Konsep golden cross tidak terlalu sukar dipahami dan juga mudah dikesan kemunculannya dalam carta purata bergerak. Oleh kerana itu, trader dari semua tahap - pemula dan mahir - boleh menggunakan signal bullish ini untuk membuat keputusan.
Ia membantu melihat gambaran keseluruhan yang lebih besar: Kerana kita menggunakan purata jangka panjang untuk mengkaji pergerakan harga aset, trader yang memberikan fokus pada pelaburan jangka panjang dapat meraih manfaat daripada analisis tersebut tanpa diganggu oleh semua hingar bingar kemeruapan harga harian.
Kelemahan
Kita sedang melihat masa lalu: Dengan Golden Cross dan banyak indikator kewangan lain, kita melihat data yang menunjukkan apa yang sudah terjadi. Kelewatan data seperti ini bermakna kita cuba mendahului trend yang sudah terjadi.
Signal positif palsu boleh dan memang berlaku: Terutama sekali dalam pasaran yang lebih meruap, Golden Cross boleh berlaku tanpa disusuli dengan kenaikan harga selepas itu. Ia bukanlah suatu jaminan, dan maklumat lain khususnya berita ekonomi dunia sebenar boleh menjadi penentu sebenar sama ada suatu Golden Cross yang muncul itu boleh dipercayai atau tidak.
Ia tidak boleh berfungsi secara sendiri: Isyarat Golden Cross tidak seharusnya digunakan sendirian untuk membuat sebarang keputusan trading. Sebaliknya, trader harus menggunakannya sebagai titik permulaan, satu asbab untuk memeriksa indikator pasaran lain dan juga peristiwa politik yang boleh menjelaskan sebab-sebab di sebalik trend yang sedang terungkap.
Ringkasan
Golden Cross adalah pola carta yang sangat masyhur yang berfungsi sebagai indikator pasaran bullish yang kuat. Begitulah juga sebaliknya, Death Cross adalah versi sebaliknya yang memberi signal bahawa ada trend bearish akan berlaku.
Trader boleh menggunakan kedua pola ini untuk mempersiapkan strategi mereka, termasuk saat yang ideal untuk masuk dan keluar. Oleh kerana pola ini menggunakan purata jangka pendek dan jangka panjang, ia alat yang penting untuk menjejak pergerakan harga dari masa ke masa, terutama bagi pelabur yang lebih suka tinjauan yang lebih menyeluruh.
Walaupun turun-temurun ia terkenal dengan keandalannya, adalah penting untuk diingat bahwa baik Golden Cross mahupun Death Cross tidak harus digunakan sendirian. Sebaliknya, indikator tambahan dan maklumat pasaran harus digandingkan untuk menguatkan firasatnya.
Sudah bersedia untuk mula menerapkan strategi ini hari ini? Buka akaun anda dan andalkan FBS untuk semua keperluan trading anda.