• 26 Feb 2025
  • Strategi

15 Pola Carta Saham Paling Signifikan

1200x675.jpg

Apabila anda trade saham, analisis teknikal boleh membantu anda mengesan sebarang perubahan dalam pasaran. Anda boleh gunakan pola carta sebagai sebahagian daripada analisis teknikal anda. Ia muncul pada carta harga dan menunjukkan arah yang mungkin akan ditujui oleh pasaran, serta di mana anda lokasi yang sesuai untuk anda buka atau tutup urusniaga anda.

Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda dengan tepat apa itu pola carta, bagaimana anda boleh menggunakannya dalam perdagangan anda, dan mempelajari tentang 15 pola carta saham yang paling penting yang akan membantu anda trade.

Apakah itu pola carta?

Pola carta adalah visual turun naik harga yang diwakili oleh sejujuk lengkungan dan garisan trend pada carta. Sudah tentu, tidak semua kenaikan dan penurunan yang berlaku di pasaran adalah sebahagian daripada suatu pola. Tetapi jika harga bergerak dengan cara sama seperti yang pernah dicerap sebelum ini sebelum suatu peristiwa pasaran tertentu berlaku, terdapat kemungkinan yang sangat tinggi bahawa formasi baharu ini akan diikuti oleh peristiwa yang serupa sekali lagi.

Bagaimana pola carta berfungsi?

Pasaran bersifat berkitar (cyclical), dan pola carta adalah kaedah yang popular untuk meramalkan arah pergerakan suatu trend pada masa hadapan. Pola carta saham adalah sebahagian daripada analisis teknikal. Ia berdasarkan tanggapan bahawa tingkah laku pelabur cenderung untuk berulang dari masa ke masa.

Harga-harga saham tidak bergerak dengan sendirinya. Sebaliknya, ia mengambarkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh manusia sebenar yang didorong oleh emosi dan cita-cita yang sama seperti orang-orang yang mendahului mereka. Carta saham adalah manifestasi emosi ini, mencerminkan optimisme dan pesimisme. Jika harga membentuk pola yang jelas dikenali, trader mungkin akan membuat keputusan trading yang sama seperti orang lain sebelum mereka.

Mengapa anda perlu menganalisis pola carta

Walaupun pola tidak boleh dipercayai 100% dalam meramalkan arah pergerakan harga, ia boleh digunakan dalam pelbagai cara lain. Carta mewakili perubahan penawaran dan permintaan dalam pasaran — waktu-waktu bilamana trader lebih berminat untuk membeli saham daripada menjualnya, dan sebaliknya.

Apabila pasaran bergerak dalam pola tertentu, ia lebih mudah untuk diramalkan. Aras sokongan dan rintangan, titik penembusan, titik pelaksanaan pesanan, dan kemungkinan harga berundur adalah antara antara perkara yang dapat dikesan oleh trader daripada satu pola carta. Jadi, walaupun trend itu akhirnya menuju ke arah yang berbeza daripada apa yang anda jangkakan, anda akan ada banyak maklumat untuk melindungi urusniaga anda daripada kerugian.

Jenis-jenis pola carta

Ada pelbagai jenis pola carta yang berbeza tetapi kesemuanya boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:

  • Pola penerusan. Pola penerusan menunjukkan bahawa trend semasa akan berterusan selepas pola itu lengkap dan selesai terbentuk. Pola-pola ini biasanya muncul pada carta saham sebagai satu tempoh pengukuhan harga (price consolidation) jangka pendek. Ia menandakan gangguan sementara dalam trend, tetapi biasanya tidak membawa kepada penyongsangan arah pergerakan harga.

  • Pola penyongsangan. Pola penyongsangan menunjukkan bahawa trend semasa akan berakhir dan pergerakan harga mungkin akan menyongsang arah.

  • Pola dua hala. Pola dua hala menunjukkan bahawa terdapat ketidakpastian yang agak ketara dalam pasaran. Oleh itu, harga boleh bergerak ke mana-mana arah. Pola-pola ini boleh digunakan untuk trade dengan kedua-dua arah. Jadi, trader harus menunggu harga menembusi pola dan menyertai pihak yang menang.

Buka akaun Demo

Jenis carta yang paling penting

Terdapat banyak jenis carta yang boleh anda gunakan semasa trading, tetapi jenis carta yang paling penting ialah carta garisan, carta bar dan carta candlestick.

Carta garisan menunjukkan pergerakan umum harga pasaran sepanjang tempoh masa tertentu dengan melukis garisan antara setiap harga penutupan. Ia menggambarkan perubahan harga penutupan dan trend semasa, dan membantu trader melihat gambaran umum turun naik harga.

Carta bar digunakan untuk menganalisis harga pembukaan dan penutupan serta paras tertinggi dan terendah. Setiap bar menunjukkan harga dagangan terendah (bahagian bawah bar), harga tertinggi (atas bar), julat harga (badan bar), harga pembukaan (garisan mendatar di sebelah kiri) dan harga penutup (garisan mendatar di sebelah kanan). Bergantung pada panjang bar, trader boleh melihat sama ada pasaran tersebut tidak menentu atau stabil.

Carta candlestick sering dikatakan sebagai suatu variasi carta bar. Walaupun carta candlestick menunjukkan maklumat yang hampir sama seperti carta bar, ia lebih mudah dibaca.

Perbezaan utama antara kedua-dua jenis carta tersebut ialah badan candlestick menggambarkan julat antara harga pembukaan dan penutupan. Candlestick juga boleh mempunyai warna yang berbeza: jika harga matawang ditutup lebih rendah berbanding harga ia buka, badan candlestick akan berwarna merah, manakala hijau bermaksud harga penutupan lebih tinggi daripada harga pembukaan.

Visualisasi ini membantu para trader untuk melihat sama ada pasaran semasa dikuasai oleh pembeli atau penjual, dan mengenal pasti trend semasa. Dalam artikel ini kita akan membincangkan pola-pola carta candlestick.

15 pola carta saham yang anda patut tahu

Segitiga menaik

Pola carta pertama yang akan kita lihat ialah segitiga menaik. Pola ini ialah pola penerusan bullish yang terbentuk apabila harga mula untuk swing dalam satu julat yang semakin mengecil. Garisan atas (rintangan) segitiga menaik adalah mendatar, manakala paras terendah membentuk garisan bawah (sokongan) yang mendaki menuju garisan rintangan. Ia harga semakin menaik sehingga akhirnya ia menembusi garisan rintangan, mengesahkan pola itu, dan meneruskan pergerakan menaik.

Segitiga Menurun

Pola ini adalah lawan bagi segitiga menaik, dan ia adalah pola penerusan bearish yang muncul apabila harga saham mula bergerak di antara garis rintangan yang condong ke bawah dan garis sokongan mendatar. Setelah garis rintangan dan sokongan bertembung, penembusan berlaku — harga jatuh lebih rendah dan meneruskan trend menurun.

Segitiga simetri

Pola carta segitiga yang terakhir, segitiga simetri, dibentuk oleh garis sokongan menaik dan garis rintangan menurun. Harga melantun daripada kedua-dua garisan dalam julat yang semakin menyempit sehingga garisan tersebut bersilang antara satu sama lain. Adalah mustahil untuk menyatakan ke mana arah harga selepas penembusan kerana pembeli dan penjual mempunyai pengaruh yang sama kuat terhadap pasaran. Inilah sebabnya mengapa segitiga simetri dianggap sebagai pola dua hala. Trader dinasihatkan untuk meletakkan dua pesanan stop, satu di atas dan satu di bawah garisan.

MS_image_03.jpg

Bendera

Pola bendera sering dikaitkan dengan pelaburan berisiko rendah dan keuntungan yang cepat. Ia adalah pola penerusan yang boleh berlaku di pertengahan suatu trend yang kuat. Pola bendera terbentuk apabila trend memasuki satu tempoh pengukuhan yang singkat, dan ia boleh berbentuk bullish atau bearish. Selepas satu lonjakan atau kejatuhan yang hampir menegak secara mendadak (yang dipanggil ‘tiang bendera’), harga mula turun naik berulang-ulang dalam satu julat sempit yang berupa segiempat tepat yang sedikit condong. Selepas beberapa ketika, harga menembusi salah satu garisan dan terus bergerak dalam arah sebelumnya dengan momentum yang meningkat dengan pantas.

MS_image_04.jpg

Panji

Pola panji (penant) kelihatan sangat serupa dengan pola bendera atau segitiga simetri, yang juga pola penerusan, tetapi ia sedikit berbeza daripada kedua-duanya. Seperti pola bendera, ia juga berlaku apabila harga memasuki tempoh pengukuhan (consolidation) selepas satu pergerakan mengejut dalam satu arah (tiang bendera). Walau bagaimanapun, badan panji dibentuk oleh dua garisan yang menumpu, bukannya selari, yang menjadikan ia kelihatan seperti segitiga simetri. Tetapi pola segitiga tidak didahului oleh tiang bendera, kerana ia muncul dalam pasaran yang tidak stabil. Panji, sebaliknya, berlaku dalam trend yang kukuh. Selepas garisan tersebut bertumpu, harga menembus dan biasanya terus bergerak dalam arah trend utama.

MS_image_05.jpg

Double Top

Double Top ialah pola bearish yang berlaku sebelum penyongsangan ke arah bawah dalam jangka masa sederhana atau jangka panjang. Double top terdiri daripada dua paras tinggi dan satu paras rendah dan agak mirip dengan huruf "M". Ia bermula apabila harga mengundur kembali selepas satu kenaikan yang stabil disebabkan oleh beberapa rintangan daripada bear. Ia kemudian naik semula, tetapi apabila ia mencapai aras tertinggi sebelumnya, ia menjunam semula ke bawah. Sebaik sahaja ia melepasi garis leher, pola dianggap sah, dan trend menyongsang daripada bullish kepada bearish.

Double Bottom

Double bottom adalah lawan kepada Double Top kerana ia berlaku selepas satu trend menurun dan secara amnya menandakan penyongsangan trend ke arah atas. Double bottom kelihatan seperti huruf W dan terbentuk apabila harga naik sedikit selepas satu penurunan yang berpanjangan, kemudian turun semula tetapi melantun dari garis sokongan dan mula menaik, menembusi garis leher. Pola ini sering digunakan oleh trader untuk mengenal pasti peluang terbaik untuk memulakan urusniaga bullish jangka panjang.

Triple Bottom

Triple bottom ialah pola penyongsangan bullish yang berlaku selepas suatu tempoh trend menurun yang panjang. Ia terdiri daripada tiga paras rendah berturut-turut yang berselang, setiap satu terletak pada atau berhampiran paras harga yang sama. Triple Bottom memberi isyarat bahawa, walaupun pembeli gigih berusaha, penjual tidak sanggup melepaskan posisi mereka dengan mudah. Walau bagaimanapun, selepas paras rendah ketiga, mereka biasanya menyerah kepada tekanan pembeli dan membiarkan harga memulakan pergerakan menaiknya selepas harga menembusi garis leher. Pola ini antara pola yang paling jarang dilihat, tetapi ia juga salah satu pola yang paling kuat dan paling andal (reliable). Oleh itu, jika anda berjaya mengenal pasti pola ini pada carta, pastikan anda memanfaatkannya sebaik mungkin.

MS_image_06.jpg

Baji

Pola baji (wedge) berlaku apabila harga mula bergerak antara dua garisan trend yang menumpu yang membentuk julat yang semakin lama semakin sempit. Pola ini boleh ada yang bullish dan ada yang bearish, bergantung pada variasi pola itu sendiri.

  • Baji menurun (falling wedge) dianggap sebagai pola bullish. Ia boleh berlaku selepas trend menurun atau trend menaik, dan berfungsi sebagai isyarat penyongsangan atau kesinambungan. Baji menurun kelihatan paling luas di bahagian atas dan kemudian terus mengecil apabila harga bergerak semakin ke bawah. Apabila tekanan daripada penjual mereda, pembeli mendapat peluang untuk memperlahankan penurunan harga, yang membawa kepada penembusan harga melalui garisan rintangan dan meneruskan trend menaik.

  • Baji menaik bertentangan dengan baji menurun. Ia secara amnya pola bearish yang boleh menandakan penerusan atau penyongsangan trend, bergantung pada tempat di mana pasaran telah bergerak sebelum pola itu berlaku. Ia terdiri daripada dua garisan trend yang menumpu, dan harga bergerak ke atas dalam tempoh pengukuhan. Pembeli akhirnya menjadi lebih lemah, jadi penjual berjaya menembusi garis sokongan, menandakan trend menurun baharu (atau meneruskan trend sebelumnya).

MS_image_07.jpg

Trade sekarang

Head and Shoulders

Pola head and shoulders biasanya berlaku pada penghujung trend menaik dan mendahului penyongsangan ke bawah. Ia terdiri daripada tiga swing, dengan swing di kiri dan kanan lebih kecil daripada yang di tengah dan terbentuk di paras yang agak sama. Swing terakhir ke arah bawah cenderung untuk menembusi garis leher (garisan yang menghubungkan bahagian bawah pola), yang memberi satu signal kepada trader untuk menjual saham mereka.

MS_image_08.jpg

Inverse Head and Shoulders

Pola ini bertentangan dengan pola sebelumnya. Ia terbentuk dalam trend bearish dan memberi isyarat penyongsangan trend ke arah atas. Inverse Head and Shoulders mempunyai tiga lembah, yang tengah adalah paras terendah daripada semuanya. Pola ini didagangkan sama seperti head and shoulders, tetapi ia muncul sebelum trend menaik. Oleh itu, para trader perlu membeli saham sebaik sahaja harga menembusi garis leher.

Cup and Handle

Pola Cup and Handle (Cawan dan Tangkai) adalah pola bullish. Ia biasanya muncul dalam trend menaik dan digunakan oleh para trader untuk mencari peluang untuk membuka posisi long. Pola ini kelihatan seperti "U" diikuti dengan sedikit penurunan yang menyerupai tangkai cawan. Tangkai itu menyerupai bendera atau pola panji, tetapi harga menembusi garisan rintangan tidak lama kemudian dan trend menaik memperolehi semula momentum dengan cepat.

MS_image_09.jpg

Senggang (Gap)

Senggang (Gap) ialah ruang kosong pada carta yang berlaku dalam pasaran yang sedang meruap-ruap. Ia muncul apabila pasaran mengalami tahap minat membeli atau menjual yang luar biasa. Minat ini menyebabkan saham tersebut didagangkan walaupun pasaran ditutup semalaman. Akibatnya, harga pembukaan saham pada hari berikutnya adalah jauh berbeza daripada harga penutupnya pada hari sebelumnya. Para trader cenderung untuk memanfaatkan senggang harga dengan membeli saham, mengharapkan senggang harga berlaku pada hari berikutnya, atau dengan membuka posisi short pada saham mereka selepas senggang harga tersebut telah pun berlaku.

MS_image_10.jpg

Bump and Run

Bump and Run (Loncat dan Lari) adalah pola penyongsangan yang boleh terjadi dalam pasaran yang bullish dan bearish. Bump and Run berlaku apabila harga membuat pusingan tajam dari garisan trend dalam arah trend utama, kemudian mengundur semula dan akhirnya menembusi garis trend sebelumnya, yang mencetuskan permulaan trend baharu. Formasi ini biasanya kelihatan pada rangka masa yang lebih besar, tetapi kadangkala boleh muncul walaupun pada carta intrahari.

MS_image_11.jpg

Salur Harga (Price Channel)

Salur Harga (Price Channel) ialah pola dua hala dan boleh berlaku dalam trend menaik dan trend menurun. Salur Harga terbentuk apabila harga mula berayun dalam satu julat yang terhad. Ayunan melantun-lantun antara garis rintangan dan sokongan yang selari. Harga boleh bergerak ke atas, ke bawah atau mendatar.

MS_image_12.jpg

Bagaimana cara mengenal pasti pola carta?

Salah satu cara yang paling biasa untuk mengenal pasti pola carta saham adalah dengan melukis garisan trend dan melihat sama ada harga melencong daripada arah asalnya. Jika anda melihat harga berayun dalam julat yang terhad, melukiskan garisan melalui paras tertinggi dan paras terendah boleh membantu anda melihat dengan lebih jelas jika suatu pola sedang terbentuk. Ia mungkin sukar pada mulanya, tetapi selepas berlatih dengan secukupnya anda akan dapat mengenali pola-pola carta saham dengan lebih baik. Platform trading anda juga mungkin menawarkan pelbagai pengesan pola yang dapat membantu anda mengesan peluang trading baharu dengan cepat.

Daftar sekarang

Ringkasan

Pola carta saham telah digunakan oleh trader selama puluhan tahun. Jika dikenalpasti dengan betul, ia boleh mengesahkan permulaan trend baharu dan membantu trader mengenalpasti peluang trading yang baharu. 15 pola carta saham yang disenaraikan di atas akan meningkatkan pemahaman anda tentang cara pasaran berfungsi dan membolehkan anda meramalkan penyongsangan trend dan perubahan arah pergerakan harga dengan tepat.

Kongsi kepada rakan-rakan: