• 14 Feb 2025
  • Strategi

Jenis pesanan: Buy/Sell, Limit, Stop, Stop Limit

Cover.jpg

Pesanan Pasaran (Market Orders)

Apakah itu pesanan pasaran?

Pesanan pasaran ialah pesanan untuk pembeli atau penjualan aset pada harga terbaik yang ada pada masa tersebut. Ia dilaksanakan serta-merta tetapi tidak menjamin pada suatu harga spesifik dalam keadaaan pasaran yang ekstrem (contohnya kemeruapan yang tinggi ketika data makroekonomi diumumkan).

Bila pesanan pasaran wajar digunakan

  • Apabila pelaksanaan yang serta merta lebih penting daripada harga.

  • Dalam sesi trading yang bervolum tinggi, bilamana spread lebih ketat.

  • Untuk masuk atau keluar dari urusniaga dengan cepat dalam pasaran yang bergerak pantas.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli EURUSD dengan segera. Anda meletakkan pesanan pasaran, dan ia dilaksanakan pada harga yang tersedia seterusnya.

Risiko pesanan pasaran:

  • Slippage. Dalam pasaran yang meruap-ruap, harga pelaksanaan mungkin berbeza daripada harga yang dijangkakan.

  • Had masa. Trader perlu bertindak balas dengan lebih pantas dalam sesi trading yang bergerak pantas.
Buka akaun Demo

Pesanan Limit

MS_image 2.jpg

Apakah itu pesanan Limit?

Pesanan Limit adalah pesanan untuk pembelian atau penjualan pada harga yang sudah ditentukan terlebih dahulu. Ia memastikan harga dapat dikawal tetapi ia tidak menjamin pelaksanaan yang cemerlang.

Jenis-jenis pesanan Limit:

  • Pesanan Buy Limit. Melaksanakan pesanan beli apabila harga jatuh kepada harga Limit atau lebih rendah.

  • Pesanan Sell Limit. Melaksanakan pesanan jual apabila harga meningkat kepada harga Limit atau lebih tinggi.

Bila pesanan limit wajar digunakan

  • Apabila anda mahu membeli dengan harga diskaun atau menjual dengan harga premium.

  • Untuk titik masuk dan keluar yang tepat dalam strategi trading.

  • Untuk mengelakkan slippage negatif.

Sebagai contoh, andaikan anda ingin membeli XAUUSD (Emas) pada harga $2700, tetapi harga semasa berada pada paras $2800. Anda meletakkan pesanan Buy Limit pada harga $2700, dan urusniaga anda hanya dilaksanakan jika harga jatuh ke paras ini atau lebih rendah.

Risiko pesanan Limit:

  • Slippage. Dalam pasaran yang meruap-ruap, pesanan boleh dilaksanakan pada harga yang lebih buruk lantaran pergerakan jangka pendek yang sangat besar.

  • Urusniaga tidak terpicu. Pesanan tidak dilaksanakan jika harga tidak mencapai paras Limit yang telah ditetapkan.

Pesanan Stop

MS_image 3.jpg

Apakah itu pesanan Stop?

Pesanan Stop akan menjadi pesanan pasaran sebaik setelah harga mencapai aras yang ditentukan. Ia biasanya digunakan untuk penerusan trend atau pengesahan penembusan.

Jenis-jenis pesanan Stop:

  • Pesanan Buy Stop. Memicu pembelian apabila harga bergerak lebih tinggi daripada aras yang telah ditentukan (digunakan dalam strategi penembusan atau bila terjadi penerusan trend).

  • Jual Sell Stop. Memicu penjualan apabila harga bergerak lebih rendah daripada aras yang telah ditentukan.

Bila pesanan stop wajar digunakan

  • Untuk membuka urusniaga apabila harga mengesahkan momentum.

  • Untuk mengaut keuntungan secara berlapis-lapis (berkali-kali) dengan strategi martingale.

  • Untuk menghadkan risiko dengan meletakkan pesanan Stop yang bertentangan.

Sebagai contoh, katakan anda sedang memiliki saham Tesla pada harga $400 tetapi ingin menghadkan kerugian. Anda membuat pesanan Sell Stop pada aras $350 kerana ia akan mengesahkan permulaan satu downtrend. Jika TSLA jatuh ke paras $350, pesanan bertukar menjadi pesanan pasaran dan dijual pada harga terbaik yang tersedia.

Risiko pesanan Stop:

  • Slippage. Jika harga bergerak dengan deras melepasi aras Stop, pelaksanaan mungkin berlaku pada harga yang lebih teruk.

  • Dipicu oleh kemeruapan. Turun naik harga jangka pendek boleh memicu pesanan Stop secara tidak perlu.

  • Urusniaga tidak terpicu. Pesanan tidak dilaksanakan jika harga tidak mencapai paras Stop yang telah ditetapkan.

Pesanan Stop Limit

MS_image 4.jpg

Apakah itu pesanan Stop Limit?

Pesanan Stop Limit menggabungkan ciri-ciri pesanan Stop dan pesanan Limit. Ia hanya akan dilaksanakan dalam julat harga yang telah ditetapkan.

Cara ia berfungsi:

  • Harga Stop mengaktifkan pesanan ini.

  • Harga Limit menentukan harga maksimum/minimum pada mana urusniaga boleh dilaksanakan.

Sebagai contoh:

Anda menetapkan pesanan Buy Stop Limit bagi instrumen GBPUSD dengan harga Stop terletak pada 1.2500 dan harga Limit pada 1.2480. Jika harga naik ke 1.2500, pesanan Limit akan diletakkan pada 1.2480.

Bila pesanan Stop Limit wajar digunakan

  • Apabila anda mahukan ketepatan dalam pelaksanaan urusniaga.

  • Untuk mengelakkan slippage yang berlebihan dalam pasaran yang tidak menentu.

Risiko pesanan Stop Limit:

  • Pelaksanaan yang tertangguh: Situasi pasaran boleh menghalang pelaksanaan pesanan tepat pada masanya.

Perbandingan jenis-jenis pesanan – satu jadual ringkasan

Jenis pesanan

Kegunaan

Pelaksanaan

Risiko

Pesanan Pasaran

Melaksanakan urusniaga serta-merta

Serta-merta pada harga terbaik yang tersedia

Slippage boleh terjadi

Pesanan Limit

Beli/jual pada suatu harga tertentu atau yang lebih baik

Dilaksanakan hanya pada harga yang ditentukan

Slippage boleh terjadi

Pesanan Stop

Mengaktifkan pesanan bila terjadi penembusan (breakout)

Dilaksanakan hanya pada harga yang ditentukan

Slippage boleh terjadi

Pesanan Stop Limit

Mengaktifkan pesanan Limit pada suatu aras harga

Dilaksanakan dalam suatu julat harga

Mungkin langsung tidak terlaksana

Poin-poin utama

  • Pesanan pasaran memastikan pelaksanaan berlaku tetapi boleh mengalami slippage.

  • Pesanan Limit memberikan ketepatan tetapi pesanan mungkin tidak dilaksana.

  • Pesanan Stop membantu mengurus risiko dan membuka urusniaga bila terjadi penembusan.

  • Pesanan Stop Limit menggabungkan manfaat pesanan Stop dan Limit tetapi wujud risiko pelaksanaan.

Menggunakan jenis pesanan yang betul berdasarkan strategi anda boleh mengoptimumkan efisiensi trading. Dengan menguasai jenis-jenis pesanan ini, trader dapat memperbaiki pelaksanaan urusniaga, mengurangkan risiko, dan meningkatkan keuntungan dalam pelbagai keadaan pasaran.

Trade sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: