• 5 Feb 2025
  • Asas

Maksimumkan Keuntungan Trading Anda Dengan Peningkatan Swap: Panduan Komprehensif

1200x675_(обложка_в_самой_статье)_.jpg

Dengan penuh sukacita, kami ingin mengumumkan satu kemas kini yang akan memperhebatkan lagi pengalaman trading anda dengan ketara. Kami telah meningkatkan kadar swap positif bagi instrumen-instrumen trading utama, menawarkan anda peluang yang unik untuk mengoptimumkan strategi anda dan menjana pendapatan dengan lebih berkesan. Di dalam artikel ini, kami akan kupas dengan mendalam apakah itu swap dan cara anda boleh memanfaatkan pembaharuan ini untuk memaksimumkan keuntungan anda.

Apakah itu swap?

Swap adalah fi yang dicaj atau pendapatan yang diperoleh kerana melanjutkan hayat suatu posisi ke hari trading berikutnya. Ia dilaksanakan secara automatik oleh broker pada penghujung hari trading dan bergantung pada beberapa faktor:

Perbezaan kadar faedah

Arah posisi

Instrumen & polisi broker

Perbezaan antara kadar faedah bank pusat bagi kedua-dua matawang yang didagangkan.

Sama ada urusniaga anda long atau short menentukan sama ada anda akan menerima swap positif atau dicaj swap negatif.

Terma swap berbeza mengikut broker dan instrumen yang didagangkan.

Trade sekarang

Bagaimana swap berfungsi?

Swap boleh bersifat positif atau negatif, bergantung pada perbezaan kadar faedah dan arah posisi (urusniaga) anda.

  • Swap positif: Anda meraih pendapatan apabila perbezaan kadar faedah memihak kepada posisi anda.

  • Swap negatif: Anda perlu membayar fi apabila perbezaan kadar faedah tidak menyebelahi posisi anda.

Contoh:

  • Urusniaga long USDJPY menerima swap positif lantaran kadar faedah AS yang lebih tinggi daripada kadar faedah Jepun.

  • Urusniaga short XAUUSD mendapat manfaat daripada kos pinjaman emas yang tinggi.

Strategi lindung nilai untuk pendapatan swap

MS_Image_1.jpg

Salah satu cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan swap adalah dengan strategi lindung nilai (hedging strategy). Pendekatan ini meminimumkan risiko pasaran sambil membolehkan anda menjana pendapatan daripada swap positif.

Cara-caranya:

  1. Buka posisi long. Pilih broker yang menawarkan swap positif yang tinggi.

  2. Buka posisi short. Gunakan broker lain yang menawarkan swap sifar (atau kadar negatif yang kecil).

  3. Neutralkan risiko pasaran. Dengan memegang kedua-dua posisi, anda boleh tumpukan fokus meraih pendapatan daripada swap.

Contoh pengiraan (XAUUSD):

1 lot short sekarang:

  • 6.05/hari

  • 42.35/minggu

1 lot short selepas kemas kini kami (swap 5x):

  • 30.25/hari

  • 211.75/minggu

Instrumen dengan swap dinaikkan

Kemas kini yang akan datang akan menyaksikan kenaikan besar swap positif pada beberapa instrumen utama. Ini perinciannya:

Swap positif (long):

  • USDJPY: kenaikan 2.5x

  • GBPJPY: kenaikan 2.5x

  • EURJPY: kenaikan 2x

  • AUDJPY: kenaikan 4x

  • USDCHF: kenaikan 3x

Swap positif (short):

  • XAUUSD: kenaikan 4x+

  • EURUSD: kenaikan 5x

  • USDZAR: kenaikan 6x

  • USDBRL: kenaikan 12x

Mengapa kemas kini ini penting

Kemas kini ini mengubah swap daripada fitur kecil dalam trading menjadi satu sumber pendapatan yang besar. Dengan mengintegrasikan swap ke dalam pelan perdagangan anda dan menggunakan strategi seperti lindung nilai (hedging), anda boleh memaksimumkan keuntungan dan terus mendahului di hadapan dalam pasaran.

Analisis terperinci instrumen utama

Mari kita lihat dengan lebih dekat beberapa instrumen utama yang akan mendapat manfaat daripada kemas kini ini:

USDJPY

Pasangan USDJPY salah satu pasangan matawang yang paling banyak didagangkan di dunia. Dengan peningkatan swap positif sebanyak 2.5x untuk posisi long, trader kini boleh meraih lebih banyak pendapatan dengan mengekalkan posisi long pasangan ini. Perbezaan kadar faedah antara AS dan Jepun menjadikan pasangan ini sangat menarik untuk meraih pendapatan swap.

GBPJPY

Sama seperti USDJPY, pasangan GBPJPY juga akan menyaksikan peningkatan 2.5x dalam swap positif untuk posisi long. Paun British dan yen Jepun mempunyai perbezaan kadar faedah yang besar, menjadikan pasangan ini satu lagi pilihan yang sangat baik untuk trader yang ingin memanfaatkan swap.

EURJPY

Pasangan EURJPY akan mendapat manfaat daripada peningkatan 2x ganda swap positif untuk posisi long. Euro dan yen Jepun mempunyai perbezaan kadar faedah yang ketara, dan kenaikan ini menjadikan pasangan ini lebih menarik bagi trader yang memberi tumpuan pada pendapatan swap.

AUDJPY

Dengan kenaikan swap positif sebanyak 4x ganda untuk posisi long, pasangan AUDJPY menonjol sebagai salah satu pilihan yang paling menguntungkan. Dolar Australia dan yen Jepun mempunyai perbezaan kadar faedah yang ketara, dan peningkatan swap yang besar ini menjadikannya pilihan yang utama bagi para trader.

USDCHF

Pasangan USDCHF akan menyaksikan peningkatan swap positif sebanyak 3x ganda dalam untuk posisi long. Dolar AS dan franc Swiss juga mempunyai perbezaan kadar faedah yang ketara.

XAUUSD

Emas, yang didagangkan sebagai XAUUSD, akan mendapat manfaat daripada peningkatan swap positif sebanyak 4x+ untuk posisi short. Kos pinjaman emas yang tinggi menjadikannya instrumen yang sangat baik untuk menjana pendapatan swap, terutamanya dengan peningkatan yang ketara ini.

EURUSD

Pasangan EURUSD akan menyaksikan peningkatan swap positif sebesar 5x ganda untuk posisi short. Pasangan forex yang paling popular ini akan menyediakan peluang carry trading yang sangat baik

USDZAR

Menawarkan peningkatan swap positif sebesar 6x ganda untuk posisi short. Peningkatan swap yang besar ini dapat membantu trader mencapai prestasi swap yang tinggi.

USDBRL

Pasangan USDBRL akan mendapat manfaat daripada peningkatan 12x swap positif untuk posisi short. Salah satu pasangan Amerika Latin yang paling cair akan membuka peluang untuk bermain dengan perbezaan kadar faedah.

Strategi untuk memaksimumkan pendapatan swap

MS_Image_2.jpg

Untuk memanfaatkan sepenuhnya terma baharu ini, pertimbangkan strategi berikut:

Strategi 'Carry Trade'

Carry trade mensasarkan untuk menjana keuntungan daripada perbezaan kadar faedah antara dua matawang, yang dibayar setiap hari dalam bentuk swap positif.

Sebagai contoh, trader boleh membuka posisi long untuk pasangan matawang seperti AUDJPY, di mana dolar Australia biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada yen Jepun. Trader tersebut akan memperoleh faedah bagi posisi long beliau selagi mana posisi tersebut masih aktif (terbuka) dan perbezaan kadar faedah memihak kepada beliau.

Untuk carry trade yang cekap, anda boleh menggunakan dua broker untuk meminimumkan risiko pasaran sambil menumpukan perhatian anda pada keuntungan swap. Sebagai contoh, di broker A anda membuka posisi long untuk AUDJPY dan menerima swap positif setiap hari. Pada masa yang sama, anda buka posisi short untuk pasangan yang sama dengan broker B (yang menawarkan swap sifar atau kos yang minimum). Dengan cara ini anda melindungi nilai daripada risiko pasaran, kerana keuntungan daripada satu posisi mengimbangi potensi kerugian posisi satu lagi akibat daripada pergerakan harga. Dalam kes ini, keuntungan bersih anda datang daripada swap positif yang diperoleh pada posisi long di broker A, manakala posisi short dengan broker B meneutralkan turun naik pasaran. Pendekatan ini memastikan pendapatan yang berterusan daripada perbezaan kadar faedah dan pada masa yang sama mengurangkan pendedahan kepada turun naik matawang.

Pengurusan risiko

Walaupun swap boleh dijadikan sumber pendapatan yang signifikan, adalah penting untuk menguruskan risiko dengan berkesan.

Berikut ada beberapa tip:

  • Pantau perubahan kadar faedah. Perubahan kadar faedah bank pusat boleh memberi kesan pada kadar swap. Sentiasa ambil tahu tentang keputusan dasar monetari.

  • Gunakan pesanan renti rugi (stop loss). Lindungi posisi anda daripada pergerakan pasaran yang tidak diingini dengan menggunakan pesanan renti rugi.

  • Pelbagaikan portfolio. Rencamkan pelaburan anda mencakupi pelbagai instrumen untuk mengurangkan risiko.

  • Guna leveraj dengan bijak. Walaupun leveraj boleh menggandakan keuntungan, ia juga boleh meningkatkan kerugian. Gunakan leveraj dengan berhati-hati.

Ringkasan

Kemas kini yang akan datang memberikan peluang yang unik untuk mengubah swap daripada suatu ciri yang kecil dalam trading menjadi satu sumber pendapatan yang besar. Dengan memahami cara swap berfungsi dan menggunakan strategi seperti carry trade, anda boleh memaksimumkan keuntungan anda dalam trading. Kenaikan ketara swap positif untuk instrumen utama seperti USDJPY, GBPJPY, AUDJPY, XAUUSD, dan lain-lain menjadikan kemas kini ini satu game-changer untuk para trader.

Sertai kami dalam usaha mengubah swap menjadi satu aliran pendapatan yang konsisten dan terus menjadi pendahulu dalam dunia trading yang kompetitif.

Daftar sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: