• 3 Mar 2025
  • Asas

Meraikan 16 Tahun FBS – Satu Perjalanan Kepercayaan, Pertumbuhan, dan Kejayaan

MDP-7225_1_cover_1200x675_EN.png

Ulangtahun lebih daripada sekadar satu tarikh — ia peluang untuk merenung, meraikan, dan melihat ke hadapan. Tahun ini, FBS gembira dapat meraikan 16 tahun usahanya memperkasakan trader, merempuh rintangan & halangan, dan membina komuniti global dengan lebih 27 juta pelanggan daripada lebih 150 negara.

Selama bertahun-tahun, FBS telah berkembang dari sebuah syarikat start-up kecil menjadi satu nama yang sinonim dengan kepercayaan, inovasi, dan peluang. Sertai kami mengenang kembali cerita kami, meraikan pencapaian kami, dan menghormati masyarakat yang telah kami santuni.

Kisah pertumbuhan kami dan bagaimana kami membina kepercayaan

Sejak awal lagi, FBS telah bercita-cita untuk menjadi lebih daripada sekadar broker trading. Kami berazam mahu menghubungkan trader di seluruh dunia, memastikan mereka mempunyai akses kepada alatan, sokongan, dan sumber, tidak kira di mana jua mereka berada. Hari ini, kami aktif di lebih daripada 150 negara, dari pusat kewangan di Eropah sehingga ke pasaran membangun di Asia, Afrika, dan seterusnya.

Tetapi cerita kami tidak hanya tentang pengembangan ke lokasi baru. Keberanekaan pilihan yang ditawarkan oleh FBS dalam trading telah membantu membina kepercayaan terhadap kami. Tawaran instrumen kami memenuhi keperluan kedua-dua trader pemula dan profesional berpengalaman.

Pilihan trading untuk anda pada masa ini di FBS

  • Pasangan Forex – Pasangan major, minor, dan eksotik untuk semua strategi trading.

  • Matawang kripto – Trading era baharu, dari Bitcoin hingga Ethereum.

  • Saham dan indeks – Untuk kepelbagaian pasaran dan strategi pelaburan pintar.

  • Komoditi – Termasuk logam dan tenaga bagi mereka yang mahu menyeimbangkan portfolio.

Kami telah memperluaskan tawaran ini agar sesiapa sahaja, daripada mereka yang baru berjinak-jinak dengan pasaran hingga para profesional yang sudah bersedia untuk mengejar matlamat yang tinggi, boleh mengambil bahagian dengan menguntungkan.

Alat-alat inovatif yang dibina untuk trader

Pasaran berkembang, begitu juga dengan FBS. Inovasi adalah teras yang menunjangi semua usaha kami.

Pembantu AI FBS

Salah satu kemajuan kami yang paling menarik dalam tahun-tahun kebelakangan ini adalah pengenalan Pembantu AI FBS. Fitur ini memainkan peranan sebagai pembimbing peribadi anda dalam trading, mencerna dan menterjemah data pasaran yang kompleks menjadi laporan dan strategi yang mudah difahami, secara automatik dalam beberapa saat.

Pembantu AI sangat berguna bagi mereka yang ingin membuat keputusan dengan tepat dan cepat — game-changer untuk para trader dalam pasaran yang bergerak pantas.

Aplikasi FBS yang dinaik taraf

MDP_7225_2_1200x675_MS.png

Rombakan dan peningkatan fitur Aplikasi FBS meletakkan trading terus ke dalam poket anda. Jejaki prestasi pelaburan anda, analisis pasaran, dan laksanakan urusniaga — semuanya secara on-the-go.

Sama ada anda sedang dalam perjalanan pergi dan balik kerja, mengembara, atau menguruskan kehidupan peribadi anda, aplikasi ini direka agar anda tidak lagi terlepas peluang.

Trade sekarang

Diiktiraf oleh industri

MDP-7225_4_1200x675_EN.png

Selama 16 tahun yang lalu, pemimpin industri, pakar, dan trader telah meraikan sumbangan FBS dalam industri ini. Pada tahun ini sahaja, FBS telah menambah beberapa anugerah berprestij ke dalam koleksi trofinya, termasuk:

  • Outstanding Mobile Trading App Global 2024.
  • Most Trusted Forex Broker 2024.
  • Best Partner Programme Asia 2024.
  • Best Forex Trading Education 2024.

Setiap anugerah mengukuhkan komitmen kami untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah broker. Kami adalah platform yang layak anda andalkan untuk inovasi, kepercayaan, dan pendidikan.

FBS sering dipaparkan dalam media, oleh saluran seperti Investing.com, CoinMarketCap, dan Benzinga, yang mengukuhkan lagi reputasi kami sebagai pendahulu dalam pasaran kewangan.

Memacu perubahan melalui CSR

MDP-7225_3_1200x675_EN.png

Di FBS, kami percaya misi kami lebih dari sekadar trading. Memberi semula kepada komuniti adalah sebahagian daripada diri kami, dan 2024 adalah tahun yang penuh dengan usaha-usaha tulus untuk memberikan impak yang bermakna.

Memperkasa melalui pendidikan

Pendidikan salah satu alat terbaik untuk memacu perubahan, dan kami telah menjadikannya salah satu keutamaan tertinggi kami untuk membantu pelajar yang memerlukan. Tahun ini, kami telah bekerjasama dengan Education Africa untuk memberikan sokongan kepada para pelajar di Kolej Masibambane di Afrika Selatan. Bersama-sama, kami melengkapkan mereka dengan kelengkapan penting pembelajaran dan membaik pulih jam ikonik sekolah yang melambangkan masa depan yang lebih cerah.

Di Indonesia, kami telah bekerjasama dengan Yayasan Peduli Anak untuk menambah baik persekitaran pendidikan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan menyediakan perabot bilik darjah yang meningkatkan keselamatan dan keselesaan. Sementara itu, di Malaysia, kami berganding bahu dengan SUKA Society untuk membantu pendidikan awal bagi kanak-kanak Orang Asli, melengkapkan enam prasekolah dengan sumber penting untuk menginspirasi para pelajar muda ini.

Berdiri teguh bersama komuniti rentan

Usaha kami juga tidak terhad pada pendidikan sahaja. Salah satu momen paling bermakna buat kami adalah kerjasama bersama Save the Children untuk memberikan sokongan kepada lebih daripada 8500 pelarian muda di Thailand. Kami memastikan mereka mempunyai akses kepada ruang yang selamat untuk belajar dan kesejahteraan emosi.

Apabila banjir yang dahsyat melanda Utara Thailand, kami segera menggerakkan pasukan kami, menyampaikan bantuan kepada lebih 430 isi rumah dengan kerjasama organisasi tempatan. Pasukan kami membawakan bekalan kritikal seperti air minuman, makanan dan ubat-ubatan kepada keluarga yang memerlukan. Melihat ketabahan masyarakat ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus berjuang memangkin perubahan yang bermakna.

Pemberian perayaan

Setiap insan berhak untuk merayakan hari-hari istimewa mereka dengan bermaruah dan gembira. Sepanjang Ramadan, kami telah bekerjasama dengan SUKA Society dan Dignity for Children Foundation di Malaysia untuk menyediakan pakej barangan runcit dan makanan kepada lebih 900 keluarga supaya mereka dapat menikmati bulan suci itu dengan penuh harapan dan meriah.

Kemudian pada tahun yang sama, kami menyambut semangat Krismas dengan kempen Gift-A-Meal kami. Dianjurkan bersama Badan Dignity for Children, inisiatif ini telah menyampaikan makanan kepada kira-kira 350 keluarga. Dari ayam panggang rosemary hingga nasi mentega dan minuman menyegarkan, hidangan ini membawa keselesaan dan kegembiraan ke meja mereka.

Mengabadikan impak

Untuk berkongsi momen hebat ini, kami telah mencipta satu video khas yang menunjukkan impak usaha CSR kami pada tahun 2024. Video ini menonjolkan usaha kami dalam bidang pendidikan, bantuan bencana, dan bantuan kemanusiaan, yang menyerlahkan kisah sebenar dan komuniti. Kami sangat berharap anda dapat menontonnya dan melihat perbezaan yang terealisasi dengan bantuan anda.

Legasi bersama Leicester City Football Club

Selama bertahun-tahun, kerjasama kami dengan Leicester City Football Club menjadi simbol dorongan, semangat, dan kerja berpasukan yang menjadi prinsip FBS. Bersama, kami telah melancarkan kempen Always by Your Side yang mempromosikan pendidikan trading kepada jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Walaupun kerjasama ini berakhir pada tahun 2024, impaknya masih relevan. Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan keterlihatan kami, tetapi juga mengukuhkan ikatan kami dengan pelbagai komuniti dan mewujudkan perubahan yang positif.

Memandang ke hadapan

16 tahun ini sungguh luar biasa. Namun, di FBS, kami tahu yang terbaik masih belum lagi tiba. Kami komited untuk memperkasakan trader, memperkenalkan alat-alat yang inovatif, dan memberi kembali kepada dunia.

Kepada trader, partner, dan semua yang terlibat — semua pencapaian ini terzahir hanya dengan adanya anda di sisi kami. Bersama-sama, kita akan terus mengubah cita-cita menjadi realiti.

Daftar sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: